'Tuduhan ‘pasukan sorak MB Terengganu’ tak berasas' | The Reporter

‘Tuduhan ‘pasukan sorak MB Terengganu’ tak berasas’

Setiausaha MB Terengganu nafi tuduhan pasukan sorak MB Terengganu.
Gambar: FB RXZ Members 7.0. Gambar kecil: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Soud Said menafikan dakwaan wujudnya ‘pasukan sorak’ khas untuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada acara RXZ Members 7.0 baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Samsul Iskandar Mohd Akin serta penganjur program sebagai tidak berasas dan fitnah semata-mata.

Menurut Mohd Soud, individu yang dilihat berada di barisan hadapan pentas hanyalah rakyat biasa dan peminat permotoran yang hadir untuk menyokong acara berkenaan, bukannya kumpulan di bawah arahan mana-mana pihak.

“Sorakan mereka adalah manifestasi suara hati rakyat yang tidak suka melihat acara santai seperti ini dijadikan bahan catur politik elit.

“Mereka hadir untuk menikmati suasana, meraikan semangat komuniti, di saat masyarakat setempat ada yang sanggup menyediakan penginapan percuma, minyak percuma dan makanan percuma demi memastikan tetamu luar disambut meriah,” katanya.

Baca juga:
@shamsuliskandarmohdakin

Tahniah kepada saudara Lukhman dan pasukan yang telah berjaya menganjurkan Himpunan RXZ 7.0. Dalam program tadi saya menyampaikan salam PMX dan juga mengumumkan peruntukan PM sebanyak RM100,000 dan tambahan lagi sebanyak RM200,000 yang akan dibiayai oleh syarikat korporat dan swasta. Kerajaan MADANI percaya anak muda, termasuk komuniti RXZ, ada tempat dan suara dalam agenda pembangunan negara. Sama-sama kita buktikan bahawa jiwa kental ini bukan hanya di jalan raya, tetapi juga dalam membina Malaysia yang lebih maju dan bermaruah. Terima kasih juga Lukhman sebab ingatkan saya sebelum saya berucap tadi bahawa pasukan sorak MB Terengganu telah menguasai barisan hadapan pentas. Tiada masalah Man, kita jalan terus. Adat orang Melayu dan Islam bukan begitu. Seperti petikan Al Quran – “berlumba lumba lah untuk berbuat kebaikan.” Kita jumpa lagi tahun hadapan. #jiwakental #RXZ #rxzmembersofficial

♬ bunyi asal – Datuk Seri Shamsul Iskandar – Datuk Seri Shamsul Iskandar

Beliau turut menyifatkan tuduhan kononnya mereka adalah ‘pasukan sorak MB’ sebagai usaha mengalih perhatian serta menutup rasa malu pihak tertentu selepas ditolak oleh peminat permotoran dan rakyat.

Mohd Soud menegaskan, kerajaan negeri melalui Menteri Besar sentiasa menyokong penganjuran acara bermanfaat dengan menyediakan fasiliti, promosi serta bantuan keselamatan.

“Fitnah dan manipulasi fakta untuk memburukkan Terengganu adalah tindakan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Related Posts