'Tu penyakit akhir zaman, kasih pada viral & kemegahan' - UAI tegur sikap pembeli yang sanggup berbaris & menunggu lama demi dapatkan produk viral - The Reporter

‘Tu penyakit akhir zaman, kasih pada viral & kemegahan’ – UAI tegur sikap pembeli yang sanggup berbaris & menunggu lama demi dapatkan produk viral

Gambar hiasan.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegur sikap pembeli yang sanggup menunggu lama dan beratur panjang demi mendapatkan produk viral.

Jelasnya, sifat tersebut dikategorikan sebagai penyakit akhir zaman.

“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi baru kedai buka. Sepatutnya esok sahaja lah pergi beli, tapi beratur juga dari pukul 12 malam.

“Bukan kita kelaparan enam tahun tak ada makanan. Tu penyakit akhir zaman. Kasih kepada viral dan kemegahan. Rasa hebat,” katanya.

Dalam ceramah itu juga, beliau berkata perniagaan yang dijalankan melalui TikTok, ada yang menujukkan ciri-ciri pernigaan yang bagus kerana menjaga pantang larang dalam Islam. Namun, ada juga yang sebaliknya.

“Promosi makanan dalam TikTok sekarang sebahagiannya bagus kerana dia jaga pantang larang dalam Islam tapi sebahagian promosi dalam TikTok haram.

“Bila haram, jadi lah perniagaan itu tidak ada berkat. Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlu keberkatan, kita nak kejar laku, laris, view tinggi dan jumlah pembeli yang ramai,” katanya.

Promosi yang dilakukan katanya kadangkala menyimpang dari landasan Islam yang sebenar apabila ada yang tanpa segan silu menayangkan aset diri.

“Nak promot makanan, tapi kenapa tunjuk bo***t pula, tu seolah tak pakai baju. Pakai baju tapi telanjang.

“Siapakah mereka ini? Ahli neraka. Langgar pantang larang, go to hell,” katanya.

Sumber: TikTok Insan Marhaen

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!