'Tu diaa...Orang Kelantan mai pecah rekod, RM78' - Pengusaha Nasi Kandar Sulaiman kongsikan pelanggan pecah rekod harga - The Reporter

‘Tu diaa…Orang Kelantan mai pecah rekod, RM78’ – Pengusaha Nasi Kandar Sulaiman kongsikan pelanggan pecah rekod harga

Sumber gambar: Nasi Kandar Sulaiman

Nasi kandar antara menu popular rakyat Malaysia. Sebut sahaja nasi kandar, ramai yang mula membayangkan keenakan campuran kuah kari, telur masin, bendi, sotong dan macam-macam lagi.

Sudah pastinya, menu popular ini dikunjungi orang ramai sehinggakan sesetengah pengunjung terpaksa beratur panjang apatah lagi restoran tersebut mula tular.

Apabila berkunjung ke Pulau Pinang, menu ini juga antara makanan dinantikan.

Pengusaha Nasi Kandar Sulaiman menerusi hantaran di Facebook berkongsikan rekod yang telah dibuat oleh seorang pelanggan di kedainya.

Sumber gambar: Nasi Kandar Sulaiman

Pelanggan berkenaan telah memecahkan rekod dengan membuat pesanan nasi kandar berlaukkan tujuh ekor sotong, dua ekor udang, ayam, telur sotong dan bendi. Jumlah keseluruhan pesanannya adalah berjumlah RM 78.

“RM78. Pecah rekod. Orang Kelantan mai pecah rekod. New all time biggest record. Tak sangka akan ada orang mai buat rekod baru, mai dari jauh pulak tu. Persoalannya adakah rekod ini pun akan dipecah? Kita nantikan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji cara pengusaha Nasi Kandar Sulaiman dalam meraikan pelanggan. Dalam pada masa yang sama, netizen memuji paparan harga yang diletakkan oleh restoran berkenaan. Secara tidak langsung netizen dapat membuat anggaran kos yang perlu dibayar ketika berkunjung ke premis berkenaan.

Sumber: Nasi Kandar Sulaiman

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!