Trump kenakan tarif global 10%, tambah duti import sedia ada | The Reporter

Trump kenakan tarif global 10%, tambah duti import sedia ada

Trump kenakan tarif global 10% sebagai tambahan duti import sedia ada selama 150 hari susulan keputusan Mahkamah Agung AS.
Tarif global 10% Trump dilaksanakan sebagai tambahan duti import sedia ada di bawah Seksyen 122 untuk tempoh 150 hari. | Gambar: Kevin Dietsch/Getty Images

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif global sebanyak 10 peratus selama 150 hari selepas Mahkamah Agung membatalkan penggunaan kuasa kecemasan sebelum ini.

Tarif tersebut akan dilaksanakan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 dan berkuat kuasa dalam tempoh tiga hari.

Ia akan dikenakan sebagai tambahan kepada duti import yang sudah berkuat kuasa ketika ini, dan bukan menggantikannya.

Langkah itu diambil selepas Mahkamah Agung memutuskan bahawa penggunaan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) untuk mengenakan tarif global adalah tidak sah.

Baca juga:

Keputusan tersebut membuka kemungkinan tuntutan bayaran balik terhadap kira-kira AS$175 bilion hasil kutipan tarif terdahulu.

Trump bagaimanapun berkata proses tuntutan berkenaan berkemungkinan mengambil masa sehingga dua tahun.

Dalam tempoh lima bulan tarif sementara itu, pentadbiran Trump akan menjalankan beberapa siasatan perdagangan di bawah Seksyen 301 dan Seksyen 232 yang boleh membawa kepada kadar tarif lebih tinggi selepas tempoh tersebut tamat.

Sumber: Reuters

Related Posts