‘Bawa balik juruterbang kamu sekarang!’ – Trump arah Israel hentikan serangan terhadap Iran | The Reporter

‘Bawa balik juruterbang kamu sekarang!’ – Trump arah Israel hentikan serangan terhadap Iran

Donald Trump beri arahan kepada Israel agar hentikan serangan ke Iran
Trump arah Israel hentikan serangan terhadap Iran

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Donald Trump gesa Israel tarik balik pesawat pejuang yang dalam misi ke Tehran
• Katanya, Israel tak perlu serang balas hanya kerana satu roket yang tidak mengena sasaran
• Gencatan senjata dikatakan telah dilanggar kedua-dua pihak sebelum ia bermula secara rasmi

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa Israel menghentikan serangan udara ke atas Tehran selepas menuduh kedua-dua pihak telah melanggar gencatan senjata yang diumumkannya beberapa jam sebelumnya.

Bercakap kepada wartawan sebelum berlepas ke sidang kemuncak NATO di The Hague, Trump berkata Israel telah “menyerang” sejurus selepas bersetuju dengan perjanjian damai pada waktu malam.

“Mereka tidak perlu menyerang. Sekarang Israel mahu balas kerana satu roket yang pun tidak kena sasaran,” katanya.

Tidak lama selepas kenyataan tersebut, Trump memuat naik mesej di Truth Social dengan nada lebih tegas kepada sekutu utamanya itu.

“Israel. Jangan jatuhkan bom itu. Jika kamu lakukannya, itu adalah pelanggaran besar. Bawa pulang juruterbang kamu sekarang!”

“Saya perlu tenangkan Israel sekarang. Saya akan cuba hentikannya,” katanya yang merujuk kepada ancaman Israel untuk menyerang kawasan utama di Tehran selepas Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel.

Walaupun tidak jelas pelanggaran mana yang dimaksudkan oleh Trump, beliau dipercayai merujuk kepada siri serangan udara intensif yang dilakukan Israel sebelum jam 7 pagi, waktu permulaan rasmi gencatan senjata.

Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), serangan pada waktu awal pagi menyasarkan pelancar misil Iran yang sudah siap dilancarkan, dan tindakan itu berjaya mengurangkan impak serangan balas.

Sebelum jam 7 pagi itu juga, Israel dikatakan telah melancarkan beberapa serangan balas besar-besaran yang menurut Trump tidak sepatutnya berlaku selepas kesepakatan damai dicapai. – Agensi

Related Posts