Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita maut selepas dilanggar sebuah lori kontena ketika sedang menukar tayar pancit di lorong kecemasan Kilometer 260.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pada Rabu.
Mangsa, Nurul Amirah Hamdan, 31, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang sebelum keretanya, Proton X50, mengalami tayar pancit kira-kira jam 9.20 pagi.
Ketika mangsa sedang menukar tayar belakang sebelah kanan, sebuah lori kontena dipandu lelaki berusia 24 tahun melalui lorong kiri dan bergesel dengan mangsa. Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Baca juga:
- Kelantan bakal perkenal SOP aktiviti mendulang emas dalam dua minggu
- Mulai 2026 lesen premis lulus jika tandas bersih ikut standard KPKT
- Wanita maut dilanggar lori ketika tukar tayar di lorong kecemasan
Rakan sekerja mangsa, Nur Affiqah Jamran, berkata mereka sepatutnya menghadiri mesyuarat pada pagi kejadian.
“Kami pelik bila arwah tak sampai ke pejabat, kemudian rakan serumahnya maklumkan berlaku kemalangan.
Bila kami tiba di lokasi, arwah sudah ditutup dengan kain putih,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut.
Beliau meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin (019-4611794) atau hadir ke mana-mana balai polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian









