Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, satu kisah yang meruntun emosi ramai apabila dilaporkan seorang wanita maut manakala anaknya cedera parah dipercayai telah digilis kereta api di Kampung Petagas, Sabah.
Beberapa laporan mengatakan semasa kejadian, kedua-dua beranak itu sedang melintas jalan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Muhibbah.
Namun, dalam perkongsian wanita ini pula menceritakan sebaliknya.
Katanya, seorang petugas di stesen berkenaan mendakwa semasa kejadian berlaku, kedua-dua mereka sudah selamat melintas jalan.
Namun, mereka mendapati duit RM1 milik anaknya tercicir dan membuat keputusan untuk berpatah balik ke landasan.
“Si ibu terkejut melihat kereta api yang sudah terlalu hampir dan menolak anak dari terkena kepala kereta api.
“Terkorban si ibu dan anaknya parah. Sedih rasa bila tengok duit yang berdarah,” katanya.
Perkongsian berkenaan telah meruntun emosi ramai lebih-lebih lagi apabila memikirkan mungkin nilai RM1 itu cukup besar bagi mereka berdua.
Sumber: Suria Azmi