Tragedi Guar Chempedak: Lelaki dan wanita ditemui maut dengan kesan tikaman | The Reporter

Tragedi Guar Chempedak: Lelaki dan wanita ditemui maut dengan kesan tikaman

Lokasi tragedi di Taman Nona, Guar Chempedak tempat lelaki dan wanita ditemui maut.
Gambar: Facebook Penduduk Sungai Petani.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita, 28, ditemukan maut dengan kesan tikaman dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah berkata, wanita berkenaan ditemui dalam sebuah kereta Proton Wira di hadapan sebuah rumah, manakala lelaki tersebut dijumpai terbaring di atas jalan kawasan perumahan itu dengan beberapa kesan tikaman di badan.

“Kita percaya kecederaan itu berpunca daripada objek tajam, namun bagaimana kejadian berlaku hingga menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia masih dalam siasatan,” katanya.

Baca juga:

Polis kini sedang menyiasat hubungan kedua-dua mangsa selain motif kejadian. Difahamkan, lelaki tersebut berasal dari Yan, manakala wanita itu pula dari Sungai Petani.

“Kita juga sedang mengenal pasti ke mana mereka hendak pergi ketika itu serta punca kejadian berlaku. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan,” jelas Mohd Hamizi.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts