Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, pemberian duit raya kepada kanak-kanak sudah menjadi tradisi yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat. Namun, lain pula cara seorang wanita ini berkongsi mengenai tradisi unik ibunya yang menetapkan syarat khas kepada cucu-cucunya sebelum menerima duit raya.
Menurut wanita berkenaan, ibunya tidak akan memberikan duit raya secara terus seperti kebiasaan orang lain. Sebaliknya, setiap cucu perlu membaca ayat-ayat al-Quran terlebih dahulu sebelum menerima duit raya daripada nenek mereka.
Katanya, cucu-cucu yang membaca surah pendek biasanya hanya menerima duit raya sebanyak RM10. Jika mereka membaca surah yang lebih panjang tetapi dengan bacaan yang agak laju, jumlah duit raya yang diberikan boleh meningkat sehingga RM20.
“Mak aku nak bagi duit raya kat cucu-cucu dia kena mengaji dulu. Kalau baca surah-surah pendek duit raya RM10 je. Kalau baca surah panjang tapi bacaan laju dapat la RM20,” kata Noraa menerusi perkongsian di TikTok.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti

- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam

- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo

Namun, bagi cucu yang membaca dengan lebih jelas, berlagu serta tajwid yang betul, jumlah duit raya yang diberikan boleh menjadi lebih lumayan. Malah, jika bacaan mereka sangat baik dan jarang melakukan kesilapan, duit raya yang diterima boleh mencecah antara RM50 hingga RM100.
“Nak dapat lebih kena baca jelas ada lagu dan bacaan betul. Silap haribulan, boleh cecah RM50-100,” kongsinya.
Perkongsian itu mencuri perhatian ramai kerana dianggap sebagai cara kreatif untuk menggalakkan kanak-kanak membaca al-Quran, sambil mengekalkan kemeriahan tradisi pemberian duit raya dalam keluarga.








