Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerisauan ibu bapa pada anak-anaknya tidak pernah terpadam sehinggalah mereka sudah dewasa dan pandai berdikari. Terutamanya golongan ibu yang seboleh-bolehnya mengetahui setiap pergerakan dan aktiviti anaknya.
Baru-baru ini seorang wanita berkongsi mengenai jam tangan yang berupaya meredakan kerisauan ibu bapa di mana jam tersebut berupaya menghantar mesej, mesej suara dan panggilan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan pada anak. Selain itu, ibu bapa juga boleh memantau anak perbualan dan lokasi terkini anak mereka bagi mengekang perkara yang tidak diingini.
ASALNYA saya mencari tracker watch ini atas faktor keselamatan, selain dari saya memang seorang mak-mak paranoid. Ada rakan saya cadangkan beli GSP Traker dari Maxis. Jadi saya pergi ke Maxis dan tanya, Maxis kata pihaknya sudah discontinue pula.
- Saya boleh menghubungi Adam dan Adam boleh menghubungi saya jika dia ada kecemasan.
- Saya boleh sms dia dan dia boleh sms saya jika dia ada kecemasan.
- Jika anak tak dapat call atau tidak tahu sms, anak boleh guna voice mesej saja dan kita boleh balas-balas voice mesej seperti walkie talkie.
- Fungsi butang ‘sound guardian’ iaitu saya boleh dengar apa saja anak saya buat atau bualkan tanpa anak saya tahu atau sedar yang saya sedang mengintipnya.
- GPS tracker yang membolehkan saya menjejaki lokasi anak saya sama ada di sekolah, shopping mall dan sebagainya.
- Boleh set ‘fencing’ bermakna saya boleh tetapkan ‘pagar’ kawasan. Jika anak saya keluar dari kawasan yang saya telah tetapkan, saya akan mendapati notifikasi.
Saya juga selalu menggunakan ‘sound guardian’ untuk mendengar apa yang dia lakukan atau apa yang dia bualkan dengan orang di sekelilingnya. Jam ini ada pelbagai jenama, ada yang kalis air dan sebagainya. Boleh cari ‘GPS Tracker Watch’ di online shop yang dipilih.
Sebelum membuat pembelian, baca review pembeli terdahulu. Beli tracker watch yang compatible dengan Malaysia. Jangan beli yang tidak boleh digunakan dengan iPhone atau Android. Kena belikan anak skimkad dan masukkan dalam jam.











