Tolak tawaran RM1.2 Juta jadi duta jenama diboikot, suami puji prinsip Atikah Suhaime | The Reporter

Tolak tawaran RM1.2 Juta jadi duta jenama diboikot, suami puji prinsip Atikah Suhaime

Atikah Suhaime tolak tawaran jadi duta produk yang diboikot.
Gambar: Instagram Atikah Suhaime

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime menerima pujian daripada suaminya, Datuk Lokman Teh selepas menolak tawaran lumayan bernilai RM1.2 juta daripada sebuah jenama antarabangsa yang mahu melantiknya sebagai duta.

Dalam satu hantaran di Thread, Lokman mendedahkan beliau mengetahui mengenai tawaran itu selepas melihat kontrak di meja isterinya.

“Baby, you know why I’m so proud of you? When I saw the contract at your table, RM1.2 million… for that big, big brand to appoint you as ambassador! Saya diam sampai lima hari baru saya tanya, ‘Eh baby, I suami you tau. You kena tanya atau beritahu I kalau ada apa-apa’.

“Atikah jawab, ‘Owh, this brand wants me as ambassador, paying me this RM1 million amount. I told them no thanks because I boycott, by the way, thanks for the offer’,” katanya.

Hantaran Datuk Lokman di Thread
Baca juga:

Lokman mengakui terkejut kerana isterinya tidak berkongsi perkara itu lebih awal. Jelas Lokman lagi, keputusan isterinya itu dibuat kerana enggan bersekongkol menyokong pihak yang terlibat dengan penindasan dan pembunuhan.

“She said, ‘Ya, duit tu akan habis tapi dosa tak akan diampunkan kalau saya sokong mereka dengan pembunuhan dan sebagainya. Jadi, janganlah kita cakap pasal ni, buang masa’.

“Saya terus macam wow… even a Singaporean fikir macam tu. Islam is Islam, tak kira negara mana,” tulisnya lagi.

Menurut Lokman, Atikah juga menegaskan sanggup bekerja keras dengan cara halal, termasuk membuat siaran langsung TikTok untuk syarikat suaminya atau mana-mana jenama yang beliau suka.

“‘I will do to make the money halal way. Not just one brand yang sanggup bayar I million sebab mereka kena boikot nak gunakan I untuk jualan. NO,’ she said,” katanya.

Menariknya, selepas tiga bulan menolak tawaran tersebut, rezeki Atikah tetap murah apabila banyak jenama tempatan mula bekerjasama dengannya.

“Local brands, so happy for her. Proud of you, baby. Moral of the story: be true and be clear to yourself,” tulis Lokman di ruangan Thread.

Related Posts