Seo Won Jeong, 27, yang juga dikenali sebagai ‘Won Jeong Man’ atau @ox_zung, merupakan pengguna TikTok yang paling banyak pengikutnya di Korea Selatan dengan jumlah pengikut sebanyak 55.6 juta.
Selepas videonya tular kerana menjerit, ‘Mama!’ semasa meniru video pengguna lain, Seo mendapat pengiktirafan di Korea Selatan dan seluruh dunia sebagai ‘Mama Guy’.
Pada bulan Mei, beliau telah dipilih sebagai salah satu daripada ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2023’.
Mula ‘hilang’ sejak Julai 2023
Walaubagaimanapun, Seo didapati berhenti memuat naik posting baharu sejak beberapa bulan yang lalu, dengan video terakhirnya di TikTok pada 22 Julai 2023. Hal ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
Tidak beberapa lama kemudian, Seo muncul dalam berita Korea Selatan sebagai ‘Influencer A’ yang sedang disiasat atas tuduhan serangan seksual.
SBS melaporkan, ‘Influencer A dan seorang lelaki lain telah ditangkap kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita’.
Berita itu menjelaskan, ‘Influencer A’ dan rakannya keluar minum bersama ‘wanita B’, sebelum membawanya pulang ke rumah dan merogolnya.
Mangsa dikatakan telah menghubungi polis mendakwa dia terdengar bunyi rakaman ketika dia bangun selepas tertidur dan mengesyaki dia telah diserang secara seksual oleh kedua-dua lelaki terbabit.
Seo nafi dakwaan merogol
Laporan turut mengesahkan ‘Influencer A’ enggan membuka pintu semasa polis datang untuk menyiasat tempat kejadian dan terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk membuka pintu.
Walaupun laporan awal berita awal tidak mendedahkan nama atau wajah Seo, termasuk mengaburkan video liputan, tetapi itu semua sudah cukup untuk pengikutnya mengenai Seo.
Selepas selesai siasatan, pihak Polis Gangnam Seoul telah menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwaan.
Pada 15 Disember, Seo berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.
Pertuduhan melakukan rakaman video secara haram terhadap mangsa dibatalkan kerana tiada bukti ditemui dalam telefon milik Seo.
Seo dalam keterangannya mendakwa hubungan seksual itu adalah suka sama suka, walaupun kebenarannya akan terbongkar semasa pendengaran mahkamah pertama yang dijadualkan pada 17 Januari 2024.
Pengurusan Seo, SOONENT, masih belum memberikan sebarang respons.
Sumber: Korea Boo