TikToker dikecam duduk rumah flat, tayang barangan mewah, tapi ibu saudara tampil pertahankan Syamimia yang sudah banyak berkorban untuk rumah itu - The Reporter

TikToker dikecam duduk rumah flat, tayang barangan mewah, tapi ibu saudara tampil pertahankan Syamimia yang sudah banyak berkorban untuk rumah itu

Sumber gambar: TikTok Syamimia

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Apabila bergelar seorang pempengaruh, segala aktiviti dan tindak tanduk seharian kita diperhatikan walaupun hanya dipamerkan melalui media sosial sahaja.

Begitu juga yang dilalui oleh seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Syamimia. Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini tidak terlepas menjadi kecaman netizen gara-gara memiliki barangan elektrik dan perabot mewah serta menghiasi rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dihuninya sekeluarga.

Netizen mempersoalkan bagaimana pihak berwajib masih terlepas pandang membiarkan Syamimia sekeluarga tinggal di situ. Sedangkan dia dilihat sudah lebih berkemampuan untuk berhijrah ke kediaman lain, selain di flat PPR.

https://www.tiktok.com/@syamimia_/video/7268154794932440321

Enggan melihat Syamimia berterusan dikecam, ibu saudaranya tampil mempertahan dan menjelaskan anak saudaranya itu sudah banyak berkorban ketika mendapatkan rumah tersebut.

“Selama ni dia bergelut untuk dapatkan rumah tu dari orang yang tak berlaku adil. Bagi saya, biarlah apa yang dia buat tu kehendak dia, dari kecil dah puas hidup susah. Dia berdikari untuk jadikan rumah tu macam mana arwah mak dia nak,” tulis Norahayatimah.

Sementara itu, Syamimia turut berkongsikan ibunya telah meninggal dunia setelah beberapa bulan membeli rumah tersebut. Dan dia kini menggalas segala hutang yang telah ditinggalkan sehingga selesai membayar rumah yang diduduki semasa berusia 20 tahun.

“Sebelum memiliki rumah ini, saya ditemuduga tuan hakim untuk membuktikan usia 20 tahun boleh menguruskan rumah ni. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga ribuan ringgit. Alhamdulilah saya dapat selesaikan semuanya,” tulisnya.

Dalam pada masa yang sama, Syamimia juga memaklumkan kemungkinan rumah tersebut akan dihadiahkan kepada adik kandungnya.

Kisah Syamimia ini menarik perhatian ramai apabila pelbagai persepsi timbul apabila dia mula mengubah dekorasi dalaman rumah seperti kondominum.

Ada yang seronok melihat perubahan yang dibawakan oleh wanita ini dan mengecam tindakan beberapa pihak yang berfikiran negatif seolah rumah flat tidak boleh dihias cantik dan tampak mewah.

Sumber: Syamimia, Medialahmy

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!