Meskipun pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menyediakan laluan khas berbasikal di atas jalan raya, termasuk garisan biru putus-putus di Putrajaya, isu keselamatan penunggang basikal masih terus dipertikai. Ini terbukti menerusi sebuah video tular di TikTok yang menunjukkan seorang penunggang basikal terlibat dalam insiden pelanggaran dengan sebuah motosikal.
Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @fyload08 dengan kapsyen mendakwa penunggang motosikal (rider) telah melanggar penunggang basikal secara sengaja walaupun mangsa berada dalam ‘lane biru’. Namun berdasarkan semakan dan reaksi netizen, kenyataan itu dipercayai datang dari TikToker sendiri, bukan daripada mangsa yang terlibat dalam insiden itu.
Baca juga:
- ‘Bola-bola juga, ibadat dan tanggungjawab jangan diabaikan’ – Dr Zulkifli
- SPR umum tarikh PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos
- Kisah lelaki Johor temui makna kehidupan di Terengganu
Netizen: Penunggang basikal tidak kekal di laluan khas
Daripada pemerhatian netizen pada video tular itu, ramai menyimpulkan bahawa penunggang basikal tersebut tidak kekal di dalam garisan biru.
Ketika kejadian berlaku, lorong kiri merupakan susur keluar dan penunggang basikal kelihatan memberi isyarat tangan seolah-olah sedang mengekalkan arah lurus sambil berada di antara lorong basikal dan lorong utama. Dalam masa sama, basikalnya dilihat terkeluar dari lorong basikal.
Tindakannya itu mencetuskan kekeliruan kepada pengguna jalan raya lain, termasuk penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak.
Netizen menegaskan, walaupun penunggang basikal itu tidak berniat berbuat demikian, posisinya yang tidak konsisten dan kurangnya isyarat yang jelas telah menyebabkan pelanggaran.
Ramai juga menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penunggang basikal, walaupun telah diberi kemudahan seperti laluan khas. Ada yang menyarankan agar aktiviti berbasikal dihadkan kepada kawasan taman atau laluan tertutup sahaja, bukan jalan raya utama yang sibuk.
Sumber: TikTok Fyload08








