Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kecekalan dan ketabahan yang dimiliki oleh warga Palestin dikagumi ramai masyarakat dunia. Walaupun hampir setiap hari berlakunya peperangan dan kematian, namun wajah mereka dilihat cukup tenang menerima perkhabaran itu.
Situasi tersebut telah membuka mata ramai pengikut agama lain yang tertanya-tanya bagaimana rakyat Palestin mendapat ketenangan sebegitu. Dan persoalan tersebut terungkai apabila mereka mula mendapat tahu pegangan Al-Quran yang dipegang oleh Umat Islam.
Baru-baru ini satu trend berlegar di jaringan TikTok satu gerakan yang dibuat oleh pempengaruh TikTok dari Amerika, Megan Rice yang membuat inisiatif ‘non Muslim reading Quran’.
“Saya membuat video yang mengatakan bahawa saya kagum dengan kepercayaan Palestin dan orang ramai memberi komen ‘Itu adalah Islam. Sudahkah anda membaca al-Quran? Anda mungkin perlu membaca al-Quran,” katanya.
Susulan gerakan itu, Megan Rice dikhabarkan sudah melafazkan syahadah pada satu sesi siaran langsung di TikTok. Difahamkan juga, beberapa pempengaruh lain turut mengikut langkah Megan masuk Islam.
Pempengaruh yang mempunyai pengikut seramai lebih 600,000 itu juga seringkali memuat naik petikan terjemahan ayat al-Quran yang dibacanya selain kelantangan dalam menyuarakan isu mengenai Gaza.
Sumber: rosesofsabr, Megan Rice