Tidak gentar, Intan Nurhafiza sambung perjuangan abang | The Reporter

Tidak gentar, Intan Nurhafiza sambung perjuangan abang

Intan Norhafiza

Insiden yang menimpa abangnya beberapa tahun lalu tidak melunturkan semangatnya untuk terus berbakti sebagai anggota badan beruniform.

Intan Norhafiza merupakan adik kepada Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong tujuh tahun lalu.

Menerusi hantaran di TikTok bombamalaysiaofficial, Intan Norhafiza baru sahaja tamat Latihan Diploma Lanjutan Sains Kebombaan dan Kursus Sijil Sains Kebombaan JBPM di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

@bombamalaysiaofficial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hari ini menjadi saksi di mana Pegawai Bomba Intan Norhafiza Wan Ibrahim melangkah sebagai srikandi wira merah meneruskan legasi abang beliau Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim yang telah gugur bersama 5 pegawai bomba dalam operasi menyelamat mangsa lemas di Puchong Selangor pada 3.10.2018. Tragedi 6 Bomba Lemas. Alfatihah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trending #viralvideo #malaysiatiktok #kpkt #foryourpagetiktok #bombamalaysia #abambomba #viralmalaysia #ramadan #foryoupage #madani #takziah

♬ Warisan – Dato’ Sudirman

“Hari ini menjadi saksi di mana Pegawai Bomba Intan Norhafiza Wan Ibrahim melangkah sebagai srikandi wira merah meneruskan legasi abang beliau Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim yang telah gugur bersama 5 pegawai bomba dalam operasi menyelamat mangsa lemas di Puchong Selangor pada 3.10.2018,” kongsi bombamalaysiaofficial.

Memetik laporan Harian Metro, Intan Norhafiza berkata, dia tidak gerun atau takut untuk menyertai pasukan bomba dan bersyukur kerana layak untuk menyertai latihan dan direkrut di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, sejak tahun lalu.

Berkongsi kisah insiden menimpa abangnya, dia ketika itu berusia 18 tahun, mendapat perkhabaran itu selepas menonton televisyen di rumah kakaknya di Pulau Pinang dan terus bergegas pulang ke Kelantan sebaik mengetahui kejadian yang menimpa abangnya.

Terdahulu, pada Oktober 2018, enam anggota PPDA bomba iaitu empat anggota PPDA Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Mazlan Omarbaki, dan Yahya Ali,manakala Adnan Othman, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, anggota PPDA Shah Alam lemas ketika operasi SAR seorang remaja, Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, yang hilang di lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong.

Related Posts