'Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang' - Dr Dzulkefly ulas isu menteri merokok di kedai makan | The Reporter

‘Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang’ – Dr Dzulkefly ulas isu menteri merokok di kedai makan

Sumber Gambar: Jaringan X

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Beliau mengatakan akta yang diperkenalkan pada Oktober lalu terpakai kepada semua pihak termasuk Menteri.

Menerusi hantaran di X, Dzulkefly mengulas hantaran yang dibuat oleh seorang pemilik akaun X yang memuat naik gambar seorang menteri dipercayai sedang merokok di sebuah kedai makan.

https://twitter.com/DrDzul/status/1868661936029925568

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘tiada siapa yang boleh mengatasi undang-udang’,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, pemilik akaun itu mempersoalkan tindakan menteri berkenaan dan memetik nama Menteri Kesihatan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ingatkan kedai makan adalah kawasan larangan merokok. Tapi Menteri Luar Negeri balik kawasan berasap di kedai makan rilek je,” katanya.

Susulan itu juga, ramai yang meminta KKM mengambil tindakan sewajarnya terhadap menteri berkenaan.

Related Posts