Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan dikecam teruk berhubung penerbitan video yang didakwa mempersenda Orang Kurang Upaya (OKU), pihak restoran Achik Steamboat and Shellout tampil memohon maaf.
Wakil pihak restoran berkenaan, Siti menjelaskan bahawa mereka tidak berniat mengejek mahupun menghina golongan OKU seperti yang didakwa.
“Saya mewakili Achik Steamboat ingin memohon maaf kepada semua netizen di luar sana berhubung dengan video yang sedang tular ini dengan dakwaan kami menghina atau mengejek golongan OKU.
“Kami memang tiada niat untuk berbuat demikian. Kami hanya sekadar meniru konten lain yang sedang viral.
“Kami memang tiada niat langsung dan jangan fikir negatif, mengata kami yang bukan-bukan, sehingga ada yang mendoakan anak kami jadi begitu begini.
“Memang kami tiada niat, kami hanya meniru konten yang sedang trending. Saya harap netizen di luar sana faham dengan penjelasan ini,” katanya.
Terdahulu, restoran Achik Steamboat and Shellout dikecam teruk oleh netizen yang mendakwa mereka mempersenda golongan OKU di TikTok.








