Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan mengesahkan pemberian tol percuma sempena perayaan utama tidak akan dilaksanakan bermula tahun ini, termasuk ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan keputusan ini adalah sebahagian daripada dasar yang telah ditetapkan pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk mempertimbangkan semula perkara ini masih terbuka berdasarkan situasi tertentu.
“Tahun lepas kerajaan sudah memutuskan iaitu pada tahun lalu adalah tahun terakhir tol percuma semasa perayaan, kalau mengikut keputusan itu maka tiada lagi (tol percuma) dan kalau ada mungkin ada pertimbangan lain,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Keputusan untuk menghentikan tol percuma sempena perayaan adalah sebahagian daripada langkah penyelarasan subsidi secara bersasar yang kini menjadi fokus kerajaan.
“Sebab kerajaan sudah menyelaraskan subsidi secara bersasar tetapi perinciannya akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya