Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah.
Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang lain, malah boleh membawa kepada hukuman penjara dan denda lebih berat terhadap pesalah.
Kenyataan itu dibuat susulan nahas tragis di Jalan Raya Barat, Klang semalam yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar, 33, selepas motosikal ditunggangnya dirempuh pemandu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Anthony berkata, mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dipenjara 10–15 tahun dan didenda RM50,000–RM100,000, manakala kesalahan berulang membawa hukuman lebih berat iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000.
Baca juga:
- Tun Mahathir, Siti Hasmah cipta rekod ASEAN dan Asia
- Warga emas maut disambar buaya ketika cari siput, anak saksikan detik tragis
- ‘Hampir 99% ke Mekah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH
Dalam pada itu, Anthony memaklumkam, MOT juga sedang merangka pindaan bagi mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain hukuman penjara.
“Kerajaan komited untuk terus memperkukuh undang-undang dan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” katanya.
Sumber: Harian Metro








