Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Georgetown, ibu negeri Pulau Pinang, telah menjadi nama yang dikenali oleh rakyat Malaysia dan dunia selama bertahun-tahun.
Namun, baru-baru ini, isu berkaitan dengan nama tempat ini muncul apabila PAS Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri untuk mengembalikan nama asal Georgetown, iaitu Tanjung Penaga. Mengapa isu ini timbul dan apa sebenarnya yang terjadi?
Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali pulau ini dengan nama Tanjung Penaga. Nama ini berasal daripada pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.
Dipercayai nama atau singkatannya, “Tanjong,” masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, nama Georgetown telah dikenali sejak lama dan tiada isu yang timbul berkenaan dengan nama tempat kawasan itu dan tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang.
Nama Tanjung Penaga juga telah diangkat ke Dewan Rakyat dan dinamakan sebagai satu daripada kawasan Parlimen di Pulau Pinang. Ini menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf sejarah dan identiti yang terkandung dalam nama Tanjung Penaga.
Sumber: Harian Metro








