Tiada kelulusan MBSA: i-City dikompaun, gelongsor air kaca beroperasi tanpa kebenaran | The Reporter

Tiada kelulusan MBSA: i-City dikompaun, gelongsor air kaca beroperasi tanpa kebenaran

Gelongsor air kaca i-City

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gelongsor air kaca yang menjadi tarikan baharu di i-City kini mencetuskan tanda tanya apabila ia masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), meskipun sudah beroperasi dan tular selepas insiden pelampung jatuh menimpa pengunjung.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif, menjelaskan bahawa pihaknya telah mengeluarkan notis supaya pembinaan permainan itu dihentikan, namun arahan tersebut tidak dipatuhi.

“Permainan ini sepatutnya tidak beroperasi kerana belum mendapat kelulusan. Pihak i-City perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) serta mendapatkan permit sementara sebelum memulakan operasi,” katanya.

Tambahnya, kerana kegagalan mematuhi prosedur tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengenakan kompaun terhadap i-City pada 14 November 2024.

“Kompaun dikeluarkan kerana mereka tidak mengemukakan permohonan kelulusan sebelum membuka kepada orang ramai. MBSA juga telah mengeluarkan notis henti kerja, tetapi mereka terus beroperasi. Oleh itu, tindakan lebih tegas akan diambil,” katanya.

@mierull_fpv2

Baru nk naik 😂 sekali pelampung jatuh . Seremmm martttt . Batal terus laa niat yee 🤭

♬ nhạc nền – Chii – Chii
https://www.tiktok.com/@eykien_loffa/video/7465382051475213586

Sebelum ini, gelongsor air kaca setinggi 60 meter dengan laluan sepanjang 600 meter itu mencuri perhatian ramai selepas sebuah pelampung terjatuh dan terkena pengunjung. Video kejadian yang berdurasi 15 saat menunjukkan mangsa menangis dan mengadu kesakitan selepas insiden tersebut.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan permainan yang ditawarkan di taman tema tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts