Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan Malaysia masih mengekalkan had laju kenderaan di negara ini pada 110 kilometer per jam (km/j), menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau mengesahkan bahawa kerajaan dan Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan had laju pada masa ini.
Tambahnya, kuasa untuk menetapkan had laju bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, tetapi sebaliknya, ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Anthony membuat kenyataan itu sebagai respons kepada pertanyaan yang diajukan oleh Sabri Azit (PN-Jerai) di Dewan Rakyat, yang ingin mengetahui statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan sama ada kementerian bercadang untuk menaikkan had laju kepada 120km/j.








