The Asunta Case, adaptasi dari kisah pembunuhan tragis | The Reporter

The Asunta Case, adaptasi dari kisah pembunuhan tragis

Sumber Gambar: Netflix

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Siapa sangka watak seorang ibu bapa yang penyayang bertukar menjadi sebaliknya? Walaupun anak gadis mereka bukan dari darah daging mereka sendiri, namun dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga berusia 12 tahun.

The Asunta Case, drama Sepanyol yang dipetik dari kisah realiti ini berkisarkan mengenai pasangan suami isteri Alfonso Basterra Camporro dan Rosario Porto Ortega mengambil anak angkat, Asunta Yong Fang Basterra Porto yang dilahirkan dari China.

Hubungan keluarga ini pada mulanya tiada masalah namun setelah berlaku konflik antara Alfonso dan Rosario, mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Walaupun bercerai, mereka mengambil keputusan untuk menjaga Asunta secara bergilir-gilir.

Kehilangan Asunta

Pada 21 September 2013 Rosario melaporkan kehilangan Asunta. Polis mula menyiasat kes berkenaan apabila terdapat laporan menyatakan mayat seorang gadis dijumpai di tepi jalan dan mengesahkan mayat berkenaan adalah Asunta.

Rosario ditahan polis apabila didapati terdapat pencanggahan kenyataan darinya serta berubah-ubah. Segala maklumat perjalanan Rosario dan Alfonso turut dicatat dan setiap rakaman litar tertutup dianalisis oleh polis.

Kematian Asunta dianggap tragis selain dilakukan oleh kedua ibu bapa angkatnya, pihak berkuasa juga mendapati lebih 20 biji lorapezom dalam badan Asunta, kesan tompokan air mani di baju, dan kesan mangsa diikat.

Hukuman Penjara

Setelah mahkamah meneliti segala kenyataan dari Peguam Bela, Pendakwa Raya dan juri, Rosario dan Alfonso terbukti bersalah atas tuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun. Namun, Rosario tidak menjalani hukuman di penjara seperti Alfonso kerana memilih untuk memb****h diri.

Bagaimanapun, motif pembunuhan masih menimbulkan persoalan.

Drama bersiri enam episod ini walaupun dilihat agak perlahan, namun kecekapan pihak polis dalam menangani kes tersebut amat dipuji. Kisah pembunuhan Asunta bukan hanya mendapat liputan media tempatan Sepanyol malahan turut menjadi perhatian liputan asing.

Sumber: Netflix

Related Posts