Terpotong kepala alat sulit ketika berkhatan 2012, mangsa hanya terima ganti rugi RM123,556 berbanding RM3.1 juta - The Reporter

Terpotong kepala alat sulit ketika berkhatan 2012, mangsa hanya terima ganti rugi RM123,556 berbanding RM3.1 juta

Gambar hiasan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 April 2022 membenarkan seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya semasa menjalani proses berkhatan pada 13 Disember 2010, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta.

Dalam kejadian itu, keseluruhan kepala alat sulit lelaki berkenaan dipotong di atas kecuaian pihak hospital berkenaan. Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal kerana kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Pada tahun kejadian itu berlaku, mangsa berusia 10 tahun dan mengalami perubahan sikap, mendiamkan diri. Malah mangsa juga tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.

Bagaimanapun dalam laporan media Isnin, 18 September 2023, mangsa hanya memperolehi ganti rugi sebanyak RM123,556. Berbanding RM3.1 juta selepas menang kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ravintharan Paramaguru membuat keputusan sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.

“Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (mangsa) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000. Manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.

“Mahkamah juga mengetepikan ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM1 juta yang diberikan Mahkamah Tinggi kerana kedua-dua ganti rugi itu tidak dinyatakan dalam tuntutan saman dan tiada asas untuk membenarkan kedua-dua ganti rugi tersebut,” katanya.

Laporan penuh : Kes cuai khatan: Pemuda hanya peroleh ganti rugi RM123,556

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!