Terlebih healing, lelaki tertidur & hanyut di lautan selama 19 jam | The Reporter

Terlebih healing, lelaki tertidur & hanyut di lautan selama 19 jam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 58 tahun boleh menganggap dirinya bertuah kerana masih hidup selepas ditemui oleh bot nelayan, setelah terapung di pelampung di laut, beberapa batu dari pantai, di Taiwan.

Pada 17 Julai lalu, bot nelayan, Wanli Princess 168, bergerak menuju ke pelabuhan New Taipei dan ternampak sesuatu objek aneh di permukaan air, beberapa batu dari kawasan pantai.

Apabila bot menghampiri objek tersebut, rupa-rupanya seorang lelaki hanyut dengan pelampung kanak-kanak.

Pengemudi bot terus segera melempar pelampung dan menarik lelaki itu ke dalam bot sebelum dihantar ke pelabuhan untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Walaupun dalam keadaan lemah dan dehidrasi, lelaki warga emas berusia 58 tahun itu kelihatan stabil. Apa yang mengejutnya, warga emas itu rupa-rupanya telah hanyut selama 19 jam.

Mangsa, Hong Nan, memaklumkan dia sendiri terkejut apabila mendapati dirinya berada jauh dari pantai. Sedangkan pada hari kejadian, dia menyejukkan dirinya dengan mandi di pantai New Taipei dengan pelampung selepas seharian bekerja. Malah dia turut mengambil minuman keras dalam kuantiti sedikit.

Hong tidak menolak kemungkinan bunyi ombak laut yang begitu mendamaikan membuatkan dia yang kepenatan bekerja akhirnya tertidur dan tanpa sedar telah hanyut jauh dari pantai.

Sebaik saja sedar, Hong cuba menjerit meminta tolong. Tetapi dia terlalu jauh ke laut dan tiada sesiapa yang dapat mendengar jeritannya. Di sepanjang malam itu, Hong berterusan hanyut dengan pelampungnya sebelum dikesan oleh bot nelayan pada tengah hari keesokkan hari.

Sumber: Oddity Central

Related Posts