Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Terubat kekecewaan buat peminat badminton negara apabila beregu lelaki negara Aaron Chia-So Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa dari Sukan Olimpik selepas menewaskan beregu Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Walaupun kalah pada set pertama dengan skor 16-21, siapa sangka, pada set kedua perlawanan mereka bangkit dengan penuh bertenaga. Jika diperhatikan peluang untuk menang sangat tipis ketika itu apabila beregu lawan sudah hampir memungut mata kemenangan.
Namun, semangat juang yang tinggi dari beregu negara kita sangat membanggakan apabila menang 22-20 seterusnya membawa kemenangan set penentuan dengan 21-19.
Terdahulu, Aaron-Wooi Yik mengulangi pencapaian tiga tahun lalu dengan membawa pulang gangsa edisi Tokyo 2020.
Aaron-Wooi Yik menewaskan gandingan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.
“Perlawanan ini bukan berkenaan dengan game play sebaliknya kekuatan mental jangan muda mengalah dan percaya kepada rakan sepasukan.
“Ini adalah kebangkitan terhebat kami di kejohanan besar.
“Ini kali pertama jika hendak dibandingkan dengan Kejuaraan Dunia sebelum ini,” kata Aaron.
Sementara itu, Wooi Yik menyatakan kemenangan kali ini merupakan reaksi kepada kekalahan menentang beregu dari China baru-baru ini.
Sumber: Sinar Harian








