Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Saluran Astro Warna telah tamat siaran pada tengah malam tadi dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial yang turut merasai kehilangan satu saluran yang dikatakan menceriakan seisi keluarga dengan program lawak jenaka.
“Astro Warna henti siaran tengah malam ini.
“Besar jasa saluran ni merevolusi (baik atau tidak, soalan kedua) industri komedi malaysia. Dibuka pada waktu yang tepat, dan ditutup pada waktu yang tepat,” tulis Ashraff.
Walaupun kini beberapa rancangan televisyen dianggap sudah tidak relevan, namun mereka menghargai ‘kemunculan’ program-program yang disajikan di saluran berkenaan telah menghiburkan mereka.
“Astro warna ni la yang dulu-dulu kita satu family kumpul tunggu nak tengok Maharaja Lawak. Zaman Sepahtu, Zizan, Bocey dan Zero mendunia,” kata netizen.
Saluran Astro Warna sebelum ini banyak menyajikan program-program lawak seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Muzikal Raja Lawak, Jozan Show, Sepahtu Reunion dan banyak lagi.
Sumber: Asharaff, Brader Filem








