‘Terima kasih kepada yang buat kami camni’ - TikToker terkejut mee laksa baru dimasak dicemari rambut, syak angkara sihir - The Reporter

‘Terima kasih kepada yang buat kami camni’ – TikToker terkejut mee laksa baru dimasak dicemari rambut, syak angkara sihir

“Aku dah kata, tak nak meniaga laksa lagi dah,” demikian kata pempengaruh TikTok yang mendakwa masakan laksa yang dimasak oleh isterinya dicemari rambut.

Syed Muhammad Shah Hasif, 31, berkata, isterinya, Fatin Syazwani, 25, baru sekejap meninggalkan masakan itu. Sekembalinya ke dapur, mereka mendapati masakan tersebut telah dicemari rambut yang tidak diketahui milik siapa.

“Isteri tiba-tiba panggil. Padahal kitorang baru tinggalkan sekejap je. Masalahnya kalau masak untuk makan sendiri tak apa.

“Tak boleh nak buat apa dah, tak dapat nak selamatkan. Nampak tu? Banyak helaian rambut, halus-halus.

“Tengah masak, aku tak pernah tengok lagi sampai jadi macam ni. Kitorang tinggalkan sekejap je. Kitorang nak pergi meniaga jap lagi.

https://www.tiktok.com/@syed.fatin.jaeden.haifa/video/7287374080150408450?lang=en

“Tak apa, bukan rezeki. Cuma penat sangat sebab pagi-pagi dah bangun mekapkan isteri. Sudahlah tak rehat sebab semalam event seharian. Hari ini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat. Rindu nak makan laksa kitorang.

“Kami tinggalkan mee laksa sekejap je. Alih-alih tengok ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama. Mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, ada netizen berkongsi mereka turut pernah mengalami kejadian yang sama.

“Pernah terjadi pada diri sendiri. Masak kuah laksa waktu malam, sebab esok nak niaga. Bangun pagi nak panaskan, buka tudung periuk, ulat penuh. MasyaAllah,” kata Zuraidah.

“Kakak saya jual laksa, siap masak kuahnya, tutup api. Datang semula, dah basi. Padahal baru masak. Terpaksa la cancel semua order,” kata Ieda.

Sumber: Instagram Syed Muhammad Shah Hasif

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!