'Terima kasih Jo Rin' - Ucapan YB Steven Sim buat isteri undang reaksi ramai | The Reporter

‘Terima kasih Jo Rin’ – Ucapan YB Steven Sim buat isteri undang reaksi ramai

Steven Sim
Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Steven Sim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tidak dapat dinafikan lagi tugasan sebagai seorang Menteri dan juga wakil rakyat bukan tugasan mudah. Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Disebalik tugasan itu, sudah pastinya ada susuk tubuh yang menjadi penguat semangat dan tulang belakang yang turut berkorban demi kerjaya seorang suami.

Pengorbanan si isteri juga dizahirkan oleh Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat (YB) Steven Sim dalam ucapan istimewanya kepada isteri sempena hari kelahirannya.

“Kerana saya bekerja di Putrajaya, saya tidak dapat pulang ke rumah. Isteri saya berada di Pulau Pinang.

“Tetapi isteri tetap sokong saya kerana beliau tahu bahawa suaminya tidak pulang kerana untuk pastikan 17 juta pekerja di Malaysia boleh pulang ke rumah dengan selamat setiap hari selepas bekerja untuk bersama keluarga.

“Saya mahu berterima kasih kepada isteri saya dan selamat hari lahir. Terima kasih, Jo Rin,” katanya.

Ucapan dari Steven telah mengundang reaksi sebak isterinya. YB Steven kemudiannya turun ke pentas menyerahkan bunga kepada isteri.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memuji sikap Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang disifatkan bukan sahaja amat menitikberatkan masalah rakyat, malahan juga seorang suami yang bertanggungjawab.

Related Posts