Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Terengganu dinobatkan sebagai negeri paling bahagia di Malaysia dengan skor 8.64 berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Johor menduduki tempat kedua dengan skor 8.08, manakala Negeri Sembilan di tangga ketiga dengan 8.01. Daerah paling bahagia pula direkodkan di Kluang, Johor (9.83), diikuti Raub, Pahang (9.52) dan Mersing, Johor (9.50).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, sebanyak 36 daerah di seluruh negara berada dalam kategori sangat bahagia dengan skor antara 8.02 hingga 9.83.
Beliau menjelaskan, MHI 2024 merangkumi 94 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen kebahagiaan, menjadikannya alat statistik sosial yang komprehensif dalam menilai kualiti hidup rakyat.
Baca juga:
- Rosol Wahid tidak akan buat rayuan penggantungan BERSATU
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, skor keseluruhan kebahagiaan rakyat Malaysia berada pada paras 7.60, sekali gus meletakkan negara dalam kategori bahagia. Faktor keagamaan dan keluarga menjadi penyumbang utama, manakala aspek emosi serta budaya mencatatkan skor paling rendah.
Kajian turut mendapati wanita lebih bahagia berbanding lelaki, manakala golongan muda berusia 15 hingga 19 tahun merekodkan tahap kebahagiaan tertinggi.
Menurut Mohd Uzir, dapatan ini membuktikan rakyat Malaysia kekal optimis serta memiliki daya tahan kolektif untuk mendepani cabaran semasa.
Sumber: Sinar Harian









