'Terengganu disaran patenkan ikan celup tepung' - MyIPO - The Reporter

‘Terengganu disaran patenkan ikan celup tepung’ – MyIPO

Sumber Gambar: Youtube Rezeki Dapur Kita

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Produk makanan di negeri Terengganu terkenal dengan keropok lekor, ikan celup tepung dan bermacam-macam lagi.

Susulan itu juga, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Ts Dr Mohd Zuhan Mohd Zain mengesyorkan produk makanan ikan celup tepung dipatenkan di negeri ini sebagai harta intelek di bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).

Katanya, bagi produk makanan seperti Keropok Lekor Losong sudah didaftarkan pada tahun 2016.

“Ikan celup tepung adalah produk popular di Terengganu tetapi masih belum dipatenkan berbanding Keropok Lekor Losong yang sudah didaftarkan (pada 2016).

“Antara lokasi tumpuan peniaga ikan celup tepung yang boleh diberi fokus untuk dipatenkan dalam kategori Petunjuk Geografi ialah Penarik di Setiu dan sekitar Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang menyambut baik saranan itu agar produk makanan berkenaan tidak ditiru atau diciplak oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Zuhan juga memaklumkan, MyIPO telah menerima permohonan mendaftarkan harta intelek sepanjang tempoh lima tahun sejak 2019 di Terengganu.

“Kita yakin jumlah itu akan meningkat kerana Terengganu ada banyak produk yang boleh dipatenkan memandangkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) mempunyai lebih 14,000 usahawan berdaftar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!