Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Berita baik buat rakyat di negeri Terengganu yang masih mencari jodoh, satu aplikasi khas akan dibangunkan oleh kerajaan negeri menerusi Program Aplikasi Jodoh Darul Iman.
Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, aplikasi berkenaan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.
“Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.
“Dalam taklimat tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna,” katanya.
Pelaksanaan aplikasi tersebut katanya dengan harapan dapat membantu masyarakat Terengganu membina hubungan yang lebih baik.
“Dengan pelaksanaan aplikasi ini, diharapkan dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri ini,” katanya.
Susulan itu, ramai yang menyokong dengan aplikasi yang bakal dibangunkan itu dan ada juga yang tidak bersetuju dan berpendapat sebaiknya dibangunkan aplikasi mencari kerja.

Sumber: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, PAS Terengganu