'Tengok pakcik makcik ni, terus teringat mak ayah sendiri' - Warga emas jual bantal kekabu, mengusik hati netizen - The Reporter

‘Tengok pakcik makcik ni, terus teringat mak ayah sendiri’ – Warga emas jual bantal kekabu, mengusik hati netizen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Di usia senja, sepatutnya ibu bapa kita dapat berehat dengan tenang di rumah. Namun, realiti yang pahit menunjukkan bahawa tidak ramai yang berpeluang untuk menikmati kehidupan sebegini kerana masih perlu bekerja mencari rezeki bagi menyara kehidupan.

Sebuah video yang menunjukkan pasangan suami isteri warga emas menjual bantal kekabu seawal jam tujuh pagi telah mengusik hati netizen yang menontonnya. Mungkin kerana teringat pada ibu bapa sendiri, netizen merasa simpati dan mahu membantu pasangan berkenaan.

@reezmell

Seawal 7 pagi pakcik bersama isterinya parking kereta depan restoran sate 7 pagi utk jual bantal kekabu. Sampai jam 12 tengahari masih belum laku walau sebiji..jom netizen gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan makcik pakcik ni.. hanya rm30sebijik. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki juga.. aminyra #kongsirezeki #pakcikmakcikjualbantal #fypmalaysia #rakyattorakyat #jomsupport #fypシ゚viral #bantalkekabu #dyp

♬ Dealova Piano – DNP

Menurut TikToker Reezmell, pasangan berkenaan akan meletakkan kenderaan mereka di restoran Sate 7 Pagi (Taman Seri Serdang, Seri Kembangan), seawal jam 7 pagi untuk menjual bantal kekabu.

“Sampai jam 12 tengah hari, masih belum laku walau sebiji,” katanya.

Melihat keadaan pasangan itu, Reezmell mengajak netizen untuk menyebarkan video itu agar ramai yang tampil membantu mereka.

“Jom netizen gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan makcik dan pakcik ini. Hanya RM30 sebiji,” katanya.

Di ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dan mahu membantu pasangan berkenaan.

‘Sedih tengok’

‘Diorang berusaha, bukan meminta’

‘Pernah beli, best bantal dia’

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!