Tengku Zafrul sah sertai PKR | The Reporter

Tengku Zafrul sah sertai PKR

Tengku Zafrul sah menyertai PKR, didaftarkan sebagai ahli Cabang Ampang.
Gambar: Facebook Tengku Zafrul.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan beliau kini rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), selepas permohonannya diterima dua minggu lalu.

Menurut Zafrul, beliau telah didaftarkan sebagai ahli PKR di Cabang Ampang.

“Saya tidak ingat tarikh tepat, tetapi ia ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, kira-kira dua minggu lepas,” katanya.

Langkah ini dibuat selepas Zafrul pada 30 Mei lalu mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Baca juga:

Menerusi surat rasmi kepada kepimpinan UMNO, beliau memaklumkan keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, serta keahlian dalam parti itu.

Keputusan itu juga dibuat selepas mempertimbangkan pandangan rakan-rakan termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan melalui tempoh pertimbangan panjang memandangkan UMNO adalah satu-satunya parti yang disertainya sejak 1997.

Sumber: Berita Harian

Related Posts