Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita empat gerai niaga warga asing yang didapati beroperasi tanpa lesen di beberapa lokasi di ibu negara.
Menurut kenyataan DBKL di hantaran Facebook rasminya berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai operasi gerai haram itu daripada Facebook dan TikTok.
Bertindak di atas maklumat, DBKL telah melaksanakan tindakan sita dan kompaun terhadap peniaga haram terbabit mengikut UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaa (WPKL) 2016.
“DBKL telah melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P. Ramlee Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu. Ia susulan daripada maklumat yang diperolehi menerusi hantaran di media sosial.
“Sebanyak empat tindakan sita/pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warganegara yang menjaja makanan/minuman, termasuk dua peniaga pakaian terpakai.






“Satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen dan 1 notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 – Kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam,” kata kenyataan itu.
Bagi mengelakkan kegiatan yang sama berulang, DBKL telah menempatkan anggota penguatkuasa di lokasi ‘hotspot’ agar aktiviti penjajaan tanpa lesen ini dapat dibendung.
Sumber: Facebook DBKL








