Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui | The Reporter

Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui

Sumber foto: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini, berjaya ditemui dalam parit, berdekatan dengan lokasi mayat mangsa ditemui.

Lapor Berita Harian, telefon bimbit itu ditemui sekitar jam 12.20 tengah hari tadi selepas unit siasatan forensik sub akuatik melakukan pencarian dalam air selama satu jam.

Proses mencari rantai milik mangsa sedang giat dilakukan. Suspek turut dibawa ke lokasi untuk proses pengecaman telefon bimbit milik mangsa.

Terdahulu, Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Bagaimanapun kehilangannya terungkai selepas mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Polis juga telah menahan seorang anggota polis yang disyaki teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media turut melaporkan, bapa suspek memaklumkan dia ada dihubungi oleh anaknya yang memohon maaf dan mendakwa dia telah diugut oleh mangsa yang kononnya mahu membocorkan hubungan sulit mereka kepada isterinya.

Bapa suspek berkata, biarpun apa yang dilakukan oleh anaknya itu salah, dia tetap menganggap anaknya baik dan bertanggungjawab.

Related Posts