Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan anggota tentera yang dituduh menumbuk seorang wanita hingga cedera di Jalan Persiaran Senawang 4, Negeri Sembilan, masih menjalankan tugas seperti biasa sementara siasatan polis sedang berjalan.
Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhamad Hafizuddeain Jantan, pihaknya telah mengambil tindakan pentadbiran awal dengan memberi nasihat kepada anggota terbabit. Katanya, tiada tindakan lanjut boleh diambil kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.
“Kita beri nasihat, selebihnya serah pada siasatan polis. Kita tidak boleh ganggu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban atas tuduhan mencederakan seorang wanita. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas tular satu klip video memaparkan lelaki berkenaan menumbuk pemandu wanita Perodua Axia di kawasan Taipan Senawang. Difahamkan, kejadian berlaku selepas suspek mendakwa anaknya dilanggar oleh wanita tersebut semasa melintas jalan.








