Tarif air domestik di Semenanjung, Labuan naik 22 sen mulai 1 Februari - The Reporter

Tarif air domestik di Semenanjung, Labuan naik 22 sen mulai 1 Februari

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Mulai 1 Februari, tarif air domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mengalami kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Keputusan ini diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai sebahagian daripada pelarasan tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM).

Walaubagaimanapun, kenaikan ini masih di bawah kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022.

SPAN menegaskan bahawa pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak boleh ditangguhkan lagi. Ini kerana penangguhan akan menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang dan memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati oleh rakyat.

SPAN juga menambah bahawa pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air adalah penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan.

Ini adalah langkah penting dalam memastikan bekalan air yang berkualiti untuk semua pengguna di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!