Isu pembinaan kuil haram di atas tanah milik kerajaan atau swasta tanpa kebenaran semakin mendapat perhatian masyarakat dan pihak berkuasa. Walaupun tempat ibadat wajar dihormati, persoalan timbul apabila pembinaan dilakukan tanpa kelulusan sah, sekali gus mencetuskan perdebatan antara hak beragama dan keperluan mematuhi undang-undang.
Isu itu juga turut dihadapi oleh Pengerusi JPKK Dengkil yang meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pembinaan kuil haram di tapak sebuah masjid yang belum dibina.
Dalam hantaran Facebook tersebut, beliau turut berkongsi tiga keping gambar yang memaparkan struktur kuil haram yang sudah didirikan di tapak masjid tersebut sekaligud mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Menurut Pengerusi JPKK Dengkil itu, tindakan membina tempat ibadat tanpa kelulusan sah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berpotensi ‘bermain dengan nyawa’ dalam kalangan penduduk setempat sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
- ‘Ini semua ketentuan Allah, saya tak salahkan sesiapa’ – Ismahalil
- Anwar nafi sekat peruntukan, tegas dana terus kepada rakyat
- Bekas penyampai radio Ismahalil dihukum penjara 30 tahun
- Amanah gesa henti jadikan tahlil bahan politik
- Surau Ar-Rayyan tampil konsep mesra autisme, bantu galak anak istimewa solat berjemaah
“Saya harap tuan-tuan boleh bagi sokongan kepada saya untuk kembalikan tanah ini kepada masjid” ujarnya di hantaran tersebut dengan penuh harapan agar tapak masjid itu dapat ditegakkan haknya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangannya sekiranya isu ini tidak ditangani segera, ia boleh mengakibatkan tanah yang diwakafkan untuk pembinaan masjid tergadai dan dimiliki oleh pihak lain secara tidak sah.
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama negeri, terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang menurutnya masih belum bertindak dalam isu ini walaupun ia telah berlarutan.
Setakat ini, pihak berkuasa tempatan dan JAIS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut. Namun isu ini dijangka menarik perhatian banyak pihak berikutan melibatkan sensitiviti agama dan pemilikan tanah wakaf.








