'Takut la mama!' - Anak trauma dibawa ibu bapa ke tempat makan viral dikelilingi 'hantu' - The Reporter

‘Takut la mama!’ – Anak trauma dibawa ibu bapa ke tempat makan viral dikelilingi ‘hantu’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelbagai tarikan yang dibuat oleh peniaga untuk menarik pengunjung datang ke kedai atau restoran. Selain daripada menyediakan makanan dan minuman yang sedap, peniaga perlu memikirkan kelainan yang perlu ditonjolkan.

Satu tarikan dibuat oleh peniaga Bunian The Haunted Cafe menampilkan ‘hantu-hantu’ menemani pengunjung ketika makan.

Menerusi satu video tular dipercayai dirakamkan di lokasi yang sama, seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan melihat kehadiran hantu menghampirinya.

‘Hantu’ berkenaan dilihat menyapa dari belakang kanak-kanak itu. Kanak-kanak berbaju putih dan bertudung hitam dan adiknya itu kemudiannya menjerit dan menangis.

“Takut la mama,” jeritnya.

Ibunya yang duduk bersebelahnnya memujuk dan cuba meredakan jeritan dan tangisan anaknya. Kelihatan juga wanita berkenaan meminta ‘hantu’ berkenaan supaya berhenti mengusik anaknya.

Sementara itu, netizen mengecam tindakan ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat makan tersebut. Kata mereka, situasi tersebut boleh mengganggu emosi anak-anak dan kemungkinan dalam jangka masa panjang anak-anak akan menjadi seorang yang penakut.

Sumber:amighul deghaman

Total
0
Shares
Total
0
Share