'Takde terjerit nak buat sales, inilah influencer sebenar' - Khairul Aming lancar produk kedua, Dendeng Nyet - The Reporter

‘Takde terjerit nak buat sales, inilah influencer sebenar’ – Khairul Aming lancar produk kedua, Dendeng Nyet

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming terus mengorak langkah dengan mengumumkan produk keduanya yang diberi nama Dendeng Nyet Berapi di bawah jenama Khairulamingbrand.

Produk pertama beliau, Sambal Nyet telah mencapai jualan sehingga mencecah RM20 juta bagi tahun 2023. Peningkatan lebih 40% dicatatkan berbanding tahun 2022.

Susulan pencapaian membanggakan menerusi penjualan Sambal Nyet, produk kedua beliau diumum akan dilancarkan pada hari Jumaat, 2 Februari.

Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul Aming menyatakan 80,000 unit akan dijual pada hari tersebut.

“Kita telah ambil masa setahun untuk R&D produk kedua ini dan telah memakan modal lebih dari 2 juta ringgit untuk persiapan mesin dan renovation kilang.

“Kalau ada kekurangan, boleh maklumkan pada kita untuk penambahbaikan,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, netizen memuji dengan pencapaian yang dikecapi oleh Khairul Aming yang dilihat bijak dalam membuat percaturan dalam perniagaan. Selain itu juga, netizen tuurt menyatakan Khairul Aming sebenarnya layak digelar pempengaruh sebenar.

Sumber: Khairul Aming

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!