'Tak tahan tengok ikan besar dalam tu' - Lelaki selamba mancing dalam The Mines, tak peduli teguran Pak Guard - The Reporter

‘Tak tahan tengok ikan besar dalam tu’ – Lelaki selamba mancing dalam The Mines, tak peduli teguran Pak Guard

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pusat beli-belah The Mines, di Seri Kembangan baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila seorang lelaki dengan selamba memancing di dalam kompleks tersebut.

Video lelaki itu telah tular di media sosial, khususnya di TikTok dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

@hanzazkhan

Hati Kau Memang Kering Bro! Pak Guard Pun Pening Nak Buat Apa Ngan Ngko 😁 Komen Up Kalau Nak Tengok Part 2 😄 #kakipancing #hatikering #theminesshopingmall #fyppppppppppppppppppppppp #share

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam video berdurasi 55 saat, lelaki itu dilihat mengeluarkan joran dan memancing walaupun sudah ditegur oleh pengawal keselamatan.

Tetapi, teguran itu langsung tidak diendahkan dan dia berterusan melakukan aktiviti terlarang itu di beberapa lokasi lain dalam kompleks tersebut.

Perbuatannya yang luar biasa itu menarik perhatian pengunjung serta pekerja restoran di sekitar.

https://www.tiktok.com/@hanzazkhan/video/7423973625767759122

Bagaimanapun, lelaki itu tidak berjaya menangkap sebarang ikan. Selepas beberapa kali mencuba tanpa hasil, akhirnya dia berundur.

Kejadian ini mendapat perhatian netizen dan ada yang mendakwa lelaki itu dipercayai geram melihat ikan-ikan dalam tasik itu yang kebanyakan bersaiz besar..

‘Dah lama kumpau’

‘Saiz ikan besar tiang lampu’

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!