Tak puas hati dengan kadar sewa, lelaki nekad kelar & tikam warga emas berusia 70 tahun - The Reporter

Tak puas hati dengan kadar sewa, lelaki nekad kelar & tikam warga emas berusia 70 tahun

Gambar belakang sekadar hiasan | Gambar bulatan, sumber dari Kosmo! Online

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Hanya kerana tidak berpuas hati dengan penetapan kadar sewa rumah, seorang wanita warga emas berusia 70 tahun dilaporkan maut akibat ditikam dan dikelar di bahagian leher dalam kejadian yang berlaku di Jalan E4/1 Taman Ehsan, Kepong pada 23 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Nor ARiffin Mohamad Nasir berkata, mayat mangsa ditemui oleh orang ramai dalam sebuah kereta jenis Honda City kira-kira jam 10.16 malam.

Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan berpakaian lengkap dan berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang dengan tubuhnya ditutupi dengan selimut.

Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati, terdapat kesan kelar di leher dan tikaman di perut. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Susulan kejadian itu, lapan suspek lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun telah berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak pada 27 November.

Kesemua suspek di reman selama 10 hari, bermula 27 November hingga 6 Disember bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan telah mendapat arahan pendakwaan ke atas salah seorang suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Empat orang suspek lain akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan yang lain-lain akan dibebaskan.

Tertuduh, Mohamad Amirul Arshad Zainudin, 22, yang didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, pada pagi ini tidak membuat sebarang pengakuan terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Sebaliknya, tertuduh hanya sekadar mengangguk faham.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa, Hong Kee Ing, 70, kerana tidak berpuas hati dengan kadar sewa rumah yang dikenakan.

Majistret Chai Guan Hock menetapkan 16 Januari 2024 untuk sebutan semula kes, laporan forensik, kimia dan bedah siasat.

Sumber: Kosmo! Online, Polis Gombak

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!