Satu rakaman video tular di media sosial memperlihatkan sekumpulan individu yang berarak di kawasan perumahan Balakong, disusuli dengan paluan gendang dan bacaan selawat sebagai panggilan untuk mengejutkan penduduk setempat bersahur.
Dalam video tersebut, mereka dilihat memukul tong dram sambil bergerak beramai-ramai, mencipta suasana meriah. Namun, perbuatan itu turut mendapat kritikan ramai kerana dilakukan pada masa dan tempat yang dianggap tidak sesuai.
Menurut pendakwah Ustaz Nasrullah, amalan sahur adalah sunat dan tidak wajar mengganggu orang lain dengan cara berarak atau bising.
“Hukum sahur adalah sunat; tidak perlu kejut orang sebegini kerana masing-masing sudah ada jam loceng atau telefon pintar pada zaman sekarang,” katanya.
Baca juga:
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
Perbuatan berkenaan secara tidak langsung mengganggu jiran setempat dan menurutnya, dikategorikan sebagai haram.
“Adapun, menganggu jiran adalah haram,” jelasnya.
Walaupun niat untuk membantu orang bangun bersahur dilihat baik, masyarakat diingatkan agar mengekalkan adab dan sensitiviti terhadap jiran serta mematuhi etika persekitaran ketika berbuat kebaikan.








