‘Tak pandai plan cuti raya ke sampai EL last minute?’ - Tular screenshot staf EL ramai-ramai | The Reporter

‘Tak pandai plan cuti raya ke sampai EL last minute?’ – Tular screenshot staf EL ramai-ramai

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Musim perayaan seringkali menjadi masa yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Ini adalah masa di mana mereka dapat pulang ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga. Namun, ada segelintir individu yang tidak merancang cuti dengan betul dan memilih untuk memohon cuti kecemasan pada saat-saat akhir dengan alasan palsu.

Perbuatan ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak jujur, malah ia juga akan mengganggu operasi pejabat dan membebankan pekerja lain yang terpaksa menanggung tugas mereka.

Tular di platform X hari ini, gambar tangkap layar perbualan WhatsApp Group yang menunjukkan mesej dari kakitangan dipercayai dari sebuah syarikat tempatan. Dalam gambar tersebut, ramai kakitangan memberi alasan tidak dapat hadir bekerja pada hari ini atas alasan tidak sihat.

Individu yang berkongsi gambar itu berkata, perkara itu sememangnya sudah dijangka akan berlaku. Dan isu ini telah menimbulkan perbincangan hangat di media sosial, yang mempersoalkan apakah golongan ini tidak pandai merancang cuti mereka?

Sumber gambar: X

Tak pandai rancang cuti raya?

Menurut seorang netizen, “Memang rakyat Malaysia tak terfikir ke atau rancang cuti raya mereka, seperti ambil cuti tambahan sehari berbanding meminta cuti kecemasan dan cuti sakit?.

“Sah-sahlah you kena hadap kesesakan jalan raya bila balik dari kampung. Lepas tu menyusahkan orang nak kena atur semua kerja semula agar operasi pejabat tidak tergendala,” katanya.

Dah apply cuti panjang tapi..

Menjawab kepada persoalan itu, ada yang mengakui mereka telah memohon cuti panjang. Namun, adakalanya permohonan tidak diluluskan oleh majikan.

“Bila apply cuti panjang menggunakan saluran yang betul, bos reject. So memang plan untuk MC (Cuti sakit) la jawabnya,” balas netizen lain.

Tetapi ada pula yang berpendapat, tindakan tidak jujur itulah yang menjadi punca kakitangan lain yang benar-benar memerlukan cuti sakit tidak dibenarkan berbuat demikian kerana diragui oleh majikan.

Sebaik-baiknya rancanglah percutian anda dengan baik dan jujur dalam setiap perbuatan adalah kunci untuk menjaga keberkatan di tempat kerja.

Related Posts