Tak lesu lagi! Jemaah masjid bergilir-gilir buat urutan sebelum Tarawih | The Reporter

Tak lesu lagi! Jemaah masjid bergilir-gilir buat urutan sebelum Tarawih

Tarawih
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Hafif Bukhari

Setelah seharian berpuasa, pastinya ada sesetengah individu berasa penat apatah lagi jika melakukan kerja-kerja berat di siang hari. Kadangkala kerana kepenatan, ada yang tertinggal untuk mengikuti solat Tarawih di masjid.

Namun, jika melihat video yang dikongsikan ini, pastinya ramai yang akan berkunjung dan lebih ramai mengimarahkan masjid.

@hafif_bukhari

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


pejuang 8 lega badan, pejuang 20 lega jiwa🥰 #terawih #Ramadan

♬ Suara (Ku Berharap) – Hijau Daun

Satu perkongsian oleh seorang lelaki gelagat kariah-kariah masjid yang melakukan urutan antara satu sama lain menarik perhatian ramai.

Kariah masjid di Taman Semarak, Nilai itu dilihat secara bergilir-gilir mengurut tanpa mengira pangkat umur, status atau kedudukan.

Masing-masing juga dilihat seperti mendapat aura tenaga baharu sebaik sahaja diurut.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji usaha dan tindakan pihak pengurusan masjid bagi memastikan jemaah atau kariah tidak lesu ketika menunaikan solat Tarawih.

“Alhamdulillah inilah maksud taman-taman syurga di malam-malam Ramadan…Senyuman di setiap sudut para jemaah tarawih penuh keikhlasan. Terbaik pihak ajk masjid yang pandai mengimarahkan masjid di bulan Ramadan,” kata netizen.

Related Posts