“Tak ada kahwin. Jangan kacau saya,” itu potongan ayat ringkas menerusi Instagram story Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, baginda turut meminta semua pihak menghormati keputusan dan ruang privasinya berhubung hal peribadi termasuk soal perkahwinan.
“Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya.
“Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.
“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa tepat,” titahnya.
Ujar baginda lagi, ketika ini fokus dan komited baginda adalah untuk berkhidmat kepada Raja dan negara.
Kisah mengenai Tengku Hasanal rancak diperkatakan netizen selepas bonda baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memaklumkan anakanda-anakanda baginda bakal melangsungkan perkahwinan.
Sumber: Instagram Tengku Hassanal Ibrahim, TikTok