'Tahniah Hafiz Mahamad, video kau dah jadi fitnah kat agama' - Netizen | The Reporter

‘Tahniah Hafiz Mahamad, video kau dah jadi fitnah kat agama’ – Netizen

Jumaat lalu, seorang pengguna platform X memuat naik viedo menunjukkan seorang pempengaruh di Malaysia, Hafiz Mahamad, cuba mendapatkan ruang untuk pekerjanya iaitu perempuan, untuk mencium Hajar Aswad, sehingga terpaksa membuka irham, semasa mengerjakan umrah di tanah suci.

Video tersebut tula meluas di media sosial sekitar bulan Mac yang mengundang pelbagai kritikan netizen, termasuk bekas menteri agama.

Bagaimanapun, Hafiz tampil memohon maaf dan menjelaskan tindakannya memuat naik video itu hanya untuk dijadikan sebagai kenangan dengan kakitangannya.

Jumaat 26 Julai 2024, seorang pengguna platform X, Hindutva Knight, memuat naik video tersebut dengan kapsyen yang mengundang perhatian ramai.

“Wanita berdepan dengan gangguan melampau di tanah suci Mekah. Adakah kamu rasa masjid dan madrasah itu tempat yang selamat untuk wanita?” tulisnya.

Hantarannya itu turut mengundang beberapa respon negatif dari pengguna bukan beragama Islam, sekali gus mencetuskan persepsi yang tidak sepatutnya.

Hal ini menyebabkan ramai pengguna media sosial tempatan mula mengecam Hafiz yang dikatakan sebagai punca tercetusnya fitnah yang tidak sepatutnya berlaku ini.

“Influencer Malaysia memang bang***. Hujung-hujung video ini jadi fitnah terhadap kesucian tanah haram dan dijadikan modal untuk mereka yang anti Islam,” kata Kak Sue.

“Tahniah Hafiz Mahamad, content kau baru-baru ini dah jadi fitnah kat agama,” kata Namor.

“Asalnya nak buat konten, kinijadi fitnah besar kepada agama dan rumah Allah. Ini ke yang dikatakan sebagai digital footprint?” kata Jalal Misai.

Related Posts