Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sebuah syarikat gergasi media sosial dilaporkan telah ‘memberhentikan’ lebih 700 kakitangannya, berkuatkuasa pada malam tadi.
Menurut satu sumber, lebih 700 kakitangan syarikat tersebut yang berpangkalan di Malaysia diberhentikan pada jam 8 malam tadi, 9 Oktober 2024.
“700 orang staff ###### Malaysia kena layoff. Since mereka semua akan hilang kerja, kepada syarikat-syarikat yang mencari pekerja, share link so diorang boleh apply. Harap kalian semua bertabah,” kata sumber.
Ada pihak yang mendakwa langkah itu diambil berikutan penggunaan teknologi AI yang mengambil alih pekerjaan yang sebelum ini dijalankan oleh manusia, sekali gus merubah landskap perindustrian dan menuntut penyesuaian segera oleh tenaga kerja tradisional.
Kewujudan kecerdasan buatan (AI) sememangnya membawa kemudahan yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan, mempermudahkan tugas-tugas rumit dan meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, ia juga membawa cabaran, termasuk pengambilalihan pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia, menyebabkan sesetengah syarikat terpaksa membuang pekerja mereka.
Sejak tahun lalu, syarikat berkenaan dilaporkan mula mengurangkan jumlah kakitangannya di seluruh dunia sebagai langkah untuk mengurangkan kos operasi dan menyesuaikan strategi perniagaan.
Jun 2024, kira-kira 50 peratus kakitangannya dari bahagian operasi kandungan, pemasaran dan keselamatan di Afrika dan Nigeria diberhentikan.